KEMAS KINI JADUAL PERSEKOLAHAN 2017

Makluman perubahan jadual waktu persekolahan bagi bulan Februari 2017. Perubahan jadual waktu terpaksa dilakukan kerana seorang guru telah bertukar keluar dari SK Saujana Indah, dan tiada pengganti beliau buat masa sekarang. Bagi memastikan pembelajaran berjalan lancar, rombakan jadual terpaksa dilakukan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Jadual terbaharu boleh dimuat turun dari link di bawah.

https://tinyurl.com/jf9ehb2



JADUAL PERSEKOLAHAN SESI 2017

Salam sejahtera dan Selamat Tahun Baru.

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SK Saujana Indah. Sesi sekolah bagi tahun persekolahan 2017 akan bermula pada 3 Januari 2017. Berikut disertakan jadual persekolahan bagi Sesi 2017.

Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan kepada para waris melalui hebahan di blog ini.

Catatan ringkas mengenai akronim dalam jadual.

DSV - Dunia Seni Visual ( Pendidikan Seni )
DSM - Dunia Muzik
PJ      - Pendidikan Jasmani
PK    - Pendidikan Kesihatan
AQ   -AlQuran
TMK-Teknologi Maklumat
RBT- Reka Bentuk Teknologi
DST- Sains

Sila klik pautan berikut :

https://drive.google.com/file/d/0B9dJGsqHQrpYSWZhSDhESUNzSjg/view?usp=sharing



Hebahan: Program Murnikan Minda Bersama Waris (Murid Pemulihan Khas & Linus 2016)

Program Murnikan Minda Bersama Waris (murid Pemulihan Khas & murid LINUS) akan dijalankan pada:

Tarikh: 05 Ogos 2016
Hari: Jumaat
Jam: 9:00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat SKSI
Jemputan: Tn Hj Muhamad Asri bin Hj Shafie & Cik Norliza binti Mohamed Hazali (Pegawai Bahagian Unit Pemulihan Khas & Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang)

Dijemput semua pentadbir & guru Linus Bahasa Melayu & Matematik yang terlibat untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Terima Kasih.