PERMATA PINTAR

Saringan Pertama Ujian Dalam Talian UKM 1

Sukacita dimaklumkan bahawa Pencarian Bakat Murid Pintar Cerdas bagi murid berumur 8 hingga 15 tahun telah bermula pada 1 Februari 2015 dan berakhir pada 31 Mei 2015.

Program ini merangkumi 3 komponen utama iaitu :-

a.  Pengurusan dan Pencarian Bakat
     - Murid beragama Islam berumur 8 tahun, untuk Program Permata Insan di Universiti Sains Islam         Malaysia.
     - Murid berumur 9 hingga 15 tahun bagi Program Permata Pintar di Universiti Kebangsaan                     Malaysia.

b.   Program Permata Pintar

c.   Program Perkhemahan Cuti Sekolah

Sehubungan itu, ibu bapa digalakkan mendaftar murid bagi menduduki ujian tersebut. Laman sesawang tersebut boleh diakses di http://ukm1.permatapintar.my. Maklumat lanjut Program Permata Pintar boleh dicapai di http://ukm.my/permatapintar. Maklumat lanjut Program Permata Insan pula boleh diperoleh di http://permatainsan.usim.edu.my.


0 comments :