Majlis Permuafakatan Waris Tahun 6

Majlis Permuafakatan Waris Tahun 6 telah diadakan pada Sabtu, 9 Januari 2016. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti sarana sekolah untuk memastikan semua waris mendapat maklumat yang tepat tentang aspirasi, harapan sekolah dan objektif serta target yang ingin dicapai oleh sekolah pada tahun 2016. Format baharu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) serta penerangan ringkas mengenai aktiviti yang dijalankan untuk tahun 6  turut dimaklumkan kepada waris tahun 6. Kehadiran waris tahun 6 pada hari tersebut amat menggalakkan.



0 comments :