JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15 (2016)

Mesyuarat Agung PIBG SK Saujana Indah Kali ke 15 akan diadakan pada ketetapan berikut:
                       
                        Tarikh : 20 Februari 2016

                        Masa : 8.30 pagi

                        Tempat : Dewan Lavender, SK Saujana Indah

Sehubungan dengan itu, semua waris dijemput untuk menghadiri majlis ini untuk mendapatkan maklumat terkini dan mencadangkan usul untuk menambahbaik prestasi dan prasarana sekolah.


Surat pemberitahuan telah diedarkan kepada setiap murid. Diminta waris yang mempunyai usul untuk dibincangkan pada mesyuarat tersebut mengisi usul di ruangan yang disertakan pada surat dan mengembalikannya kepada guru kelas anak tuan/puan masing-masing pada atau sebelum 16 Februari 2016.

Terima kasih. 



0 comments :