KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan pada 30 Januari 2016. Kejohanan ini merupakan acara tahunan sekolah sebagai salah satu aktiviti kokurikulum yang wajib disertai oleh semua murid.

Program ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh kumpulan senamrobik dari pihak luar selama satu jam. Larian merentas desa dimulakan oleh murid-murid tahap satu dan diikuti murid-murid tahap dua.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG, En. Ahmad Zulfaa bin Mohammad Kassim. Beberapa wakil PIBG turut menyumbang tenaga membantu guru-guru menjaga keselamatan murid-murid sepanjang kejohanan ini.
















0 comments :