Pertandingan Inovasi dan Kejuruteraan Sedex 2016



SK Saujana Indah sekali mencipta kejayaan dalam pertandingan inovasi dan kejuruteraan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang . Pertandingan telah diadakan di Institut Perguruan Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam dari 19 Julai sehingga 21 Julai 2016 yang lalu. SK Saujana Indah telah diwakili oleh Eisya Syifaa bt. Ahmad Zulfar, Damia Amani bt. Muhammad Harris dan Aqilah Aisyah bt. Mohd Shahar. Mereka telah diiringi oleh Puan Nor Ma bt. Shaari, En. Shah Rizad b. Abu Bakar dan En. Muhammad Fadzli b. Mat Rasid. 

Projek inovasi yang diberi nama Shoes Dry D.I.Y kit telah memenangi pingat emas dalam pertandingan yang diadakan. Lanjutan itu, pasukan yang sama juga akan menyertai pertandingan yang akan diadakan di Universiti Teknologi Petronas dari 2 hingga 4 Ogos 2016. Diharapkan pasukan sekolah akan terus mencipta kejayaan. Pihak sekolah mengharapkan semua pihak dapat memberi sokongan serta mendoakan kejayaan pasukan sekolah.










0 comments :